Saturday, March 29, 2008

Pengenalan

Salam buat semua pembaca. Sedarkah anda? Betapa pentingnya komunikasi dalam kehidupan. Sejak zaman berzaman manusia telah menggunakan pelbagai medium untuk berkomunikasi. Ada yang menggunakan papan batu, lukisan pada dinding gua, penulisan pada skrol papyrus, kod warna dan bendera, semboyan dan kepulan asap. Itu sebahagian dari medium yang dapat dikesan oleh manusia kini. Entah berapa banyak lagi, siapa tahu.Dewasa kini, medium komunikasi yang paling popular ialah handphone. Lihat sahajalah penggunaan handphone. Di mana sahaja, dan ke mana sahaja mesti bawa handphone. Kadang-kadang handphone lebih penting dari wallet. Betul, kan?Ok, di sini saya nak berkongsi sedikit tentang penggunaan handphone, apa yang boleh dibuat olehnya selain berkomunikasi dan peranannya dalam masa akan datang. Harapan saya agar pandangan saya ini dapat dikongsi bersama.